
TUNJANG KOMUNIKASI
BAHASA MALAYSIA
BAHASA MALAYSIA
RANCANGAN PENGAJARAN 1
BERGEMBIRA DENGAN HURUF
Cadangan Masa : 30 minit
Tunjang Utama : Komunikasi - Bahasa Malaysia
Standard Pembelajaran Utama : BM 2.1.3 berbual menggunakan ayat yang mudah dengan sebutan yang
betul.
BM 3.1..3 menyebut huruf secara rawak
BM 4.2.4 Menulis huruf kecil dengan cara yang betul
Standard pembelajaran yang disepadukan : KTI 1,2,10 Menghasilkan karya yang menggabungjalinkan
pelbagai teknik menggambar
Objektif Pengajaran : Pada akhir pengajaran murid dapat :
1. menyebut dan mengenal bentuk huruf 'c'
2. mengaitkan bentuk huruf telinga dengan huruf 'c'
3. melakar huruf 'c' di udara.
Konsep Utama : Bentuk dan huruf ' c '
Kosa Kata : bentuk, sama, seperti, telinga
Alatan dan bahan : Model huruf 'c' - kertas pasir, carta gambar muka
LANGKAH PENGAJARAN
Pendahuluan
1. Guru bersoaljawab dengan murid mengenai organ deria di bahagian kepala.
2. Guru menunjukkan gambar telinga.
Perkembangan
Langkah 1
1. guru mengaitkan huruf 'c' dengan bentuk telinga.
2. Guru membimbing murid mengaitkan bentuk huruf c dengan bentuk persekitaran seperti bentuk bulan sabit
dan bentuk tangkai cawan.
3. Guru memperkenalkan huruf c dan memberi setiap murid model huruf c. Guru meminta murid mengikut
bentuk huruf c dengan cara yang betul (merasa huruf c dengan jari).
4. Guru menunjukkan cara menulis huruf c dengan cara yang betul.
5. Murid melakar bentuk huruf c di pelbagai permukaan. Contoh di atas lantai, di belakang kawan, di atas
peha, di atas meja, di atas tapak tangan, di atas pasir dan udara.
6. Guru meminta murid mencari huruf c diperdekitaran kelas iaitu di keratan-keratan akhbar, tajuk buku dan
sebagainya.
7. Murid membentuk huruf c dengan tali dan doh.
8. Murid menghasilkan kolaj huruf c daripada tisu yang dibentukkan menjadi huruf c dan kemudian
dilekatkan di atas A4.
Penutup
1. Guru dan murid melakarkan bentuk huruf c di udara sambil menyanyikan lagu Pak Mamat Ada kebun.
Pak Mamat ada kebun
C C C C C
Di kebunnya ada huruf
C C C C C
C kecil, C besar
C di sini, C di sana
Dalam kebun banyak huruf
C C C C C
RANCANGAN PENGAJARAN 2
MUDAHNYA MEMBACA
Cadangan Masa : 30 minit
Tunjang Utama : Komunikasi- Bahasa Melayu
Standard pembelajaran Utama : BM 3.4.3 Membina dan membunyikan suku kata hasil
gabungan huruf konsonan dan huruf vokal (KV)
Standard pembelajaran yang disepadukan : ST 1.1.2 Menunjukkan sikap yang sistematik, bekerjasama,
bertanggungjawab
Objektif pengajaran : Pada akhir pengajaran murid dapat :
1. membunyikan suku kata KV.
2. menyalin suku kata
Konsep Utama : suku kata dan perkataan
Kosa kata : ba, ca, do, gu
Alatan dan bahan : Kad huruf vokal, kad huruf konsonan.
LANGKAH PENGAJARAN
Pendahuluan
1. Murid menyebut kad huruf yang ditunjukkan oleh guru secara berulang-ulang.
(kad huruf a, m, p, d, t, h)
Perkembangan pengajaran
1. Guru menunjukkan kad gambar.
paha dada
2. Guru membimbing murid mencantumkan kad huruf vokal ' a ' dengan kad huruf konsonan m, p,d,t,h untuk
membentuk perkataan seperti mata, peha dan dada.
3. Murid di bahagikan kepada 3 kumpulan.
4. Murid diminta mencari pasangan secara mencantum kad yang ada pada mereka.
5. Murid meletakkan kad yang dicantumkan pada papan sisipan.
6. Murid mengeja dan menyebut secara kelas, kumpulan dan individu.
7. Murid menyalin sukukata sambil menyebut bunyinya.
Penutup
Murid menyebut suku kata yang ditunjukkan oleh guru secara rawak secara berulang-ulang.
2 comments:
terima kasih… saya hamper 54 tahun. Baru nak masuk bidang mengajar kanak-kanak pra-sekolah.Bahasa Melayu lagi. Saya pernah jadiguru sekolah rendah dan baunyakajar Mateamtik dan Sains (Bhs Inggeris)… Sekurang kurangnya dapat saya panduan sedikit… Masih dalam tahap interview... belum turunkan tanda tangan lagi (3 kali interview, yang akhir Bersama Spesialis Bahasa Melayu)
Assalamualaikum cikgu, bole bagi no fon untuk pertanyaan lanjut
Post a Comment