Blogroll

DOKUMEN STANDARD PRASEKOLAH (TUNJANG BAHASA MALAYSIA)

7:07 AM |








Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Bahasa Malaysia


 











Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Bahasa Malaysia 


TUNJANG KOMUNIKASI- BAHASA MALAYSIA (BM)




OBJEKTIF
Selepas mengikuti aktiviti-aktiviti yang berteraskan tunjang Komunikasi, murid boleh mendengar ayat mudah dan menyatakan apa yang didengar, bertutur dalam ayat yang mudah dengan sebutan yang betul dan bahasa yang bertatasusila, membaca dan menceritakan isi bacaan sesuai dengan peringkat perkembangan murid serta menulis perkataan dan ayat mudah dengan betul.
 

Fokus Standard Kandungan
(BM 1.0) Kemahiran Mendengar
(BM 1.1) Mendengar dengan penuh perhatian.


Standard Pembelajaran Murid 
Murid +4
(BM 1.1.1) Mendengar ucap selamat dan memberi respons yang bertatasusila dengan bimbingan (Contoh:
                        Selamat pagi,Selamat petang).
(BM 1.1.2) Mendengar arahan mudah dan memberi respons dengan bimbingan.
(BM 1.1.3) Mendengar sebutan nama dan mengenal pasti objek di dalam dan luar bilik darjah.
(BM 1.1.4) Mendengar sebutan nama dan mengenal pasti ruang khas dalam sekolah.
(BM 1.1.5) Mendengar lagu dan cerita serta memberi respons.



Murid +5
(BM 1.1.6) Mendengar ucap selamat dan memberi respons secara bertatasusila.
(BM 1.1.7) Mendengar arahan dan memberi respons.
(BM 1.1.8) Mengecam pelbagai bunyi di persekitaran murid.
(BM 1.1.9) Membezakan jenis bunyi yang ada di persekitaran.
(BM 1.1.10) Mengenal pelbagai suara di persekitaran murid.
(BM 1.1.11) Membezakan jenis suara di persekitaran (Contoh: ketawa, menjerit, menangis)
(BM 1.1.12) Mengenal pasti dan membezakan intonasi suara tinggi dengan rendah, dan perlahan dengan

                     kuat.
(BM 1.1.13) Mendengar dan memberi respons terhadap perbualan, permintaan, cerita, lagu.




Fokus Standard Kandungan

(BM 1.2) Mendengar dan mengecam bunyi perkataan

Standard Pembelajaran Murid 
Murid +5
(BM 1.2.1) Mengenal perkataan dengan bunyi suku kata awal yang sama.
(BM 1.2.2) Mengenal perkataan dengan bunyi suku kata awal yang berbeza.
(BM 1.2.3) Mengenal bunyi suku kata akhir yang sama.
(BM 1.2.4) Mengenal bunyi suku kata akhir yang berbeza.


Fokus Standard Kandungan  
(BM 2.0) Kemahiran Bertutur
(BM 2.1) Berinteraksi dengan mesra.

Standard Pembelajaran Murid 
Murid 4+ 
(BM 2.1.1) Berbual dengan sebutan perkataan yang betul.
(BM 2.1.2) Berinteraksi secara sopan dan bertatasusila dengan bimbingan.

Murid 5+
(BM 2.1.3) Berbual menggunakan ayat yang mudah dengan sebutan yang betul.
(BM 2.1.4) Berinteraksi secara sopan dan bertatasusila.
(BM 2.1.5) Menyatakan permintaan dengan sopan.
(BM 2.1.6) Memberikan arahan kepada rakan secara bertatasusila.
(BM 2.1.7) Menamakan objek di persekitaran.
                  Nota: Kriteria bersopan dan bertatasusila adalah merujuk kepada budaya yang diterima oleh
                  komuniti dan masyarakat secara umum. 


Fokus standard kandungan
(BM 2.2) Bersoal jawab melalui rangsangan yang diberi


Standard pembelajaran Murid

Murid 4+
(BM 2.2.1) Menyebut semula soalan rangsangan yang dikemukakan.
(BM 2.2.2) Mengemukakan soalan yang bersesuaian.
(BM 2.2.3) Bersoal jawab berdasarkan tema, minat dan situasi semasa.
(BM 2.2.4) Bersoal jawab secara spontan.


Murid 5+
(BM 2.2.5) Menyoal dengan menggunakan sebutan yang betul dengan bimbingan guru.
(BM 2.2.6) Mengemukakan soalan yang sesuai dan mudah difahami.
(BM 2.2.7) Menjawab soalan dengan ayat yang mudah dan sesuai.
(BM 2.2.8) Bersoal jawab secara bersopan.Fokus standard kandungan

(BM 2.3) Melafazkan puisi dengan intonasi yang betul.

 

Standard pembelajaran murid
Murid 4+
(BM 2.3.1) Melafazkan pantun yang mudah secara berirama.

Murid 5+
(BM 2.3.2) Melafazkan pantun dengan intonasi yang betul:
                   a. Pantun dua kerat
                   b. Pantun empat kerat
(BM 2.3.3) Mendeklamasikan sajak mudah/ ringkas.


Fokus standard kandungan
(BM 2.4) Menceritakan perkara yang didengar.


Standard pembelajaran murid

Murid 5+
(BM 2.4.1) Menceritakan perkara yang didengar dengan menggunakan ayat yang mudah



Fokus standard kandungan
(BM 2.5) Melakonkan watak-watak mengikut situasi.

Standard pembelajaran

Murid 5+ 
(BM 2.5.1) Main peranan mengikut situasi dengan menggunakan bahasa yang sesuai untuk menghidupkan watak dengan bimbingan. 


Fokus standard kandungan
(BM 3.0) Kemahiran Membaca
(BM 3.1) Mengenal bentuk huruf A - Z .



Standard pembelajaran murid

Murid 4+
(BM 3.1.1) Menyebut huruf mengikut urutan.
(BM 3.1.2) Memadankan bentuk huruf dengan bentuk objek persekitaran (Contoh: bentuk ’J’ dikaitkan

                  dengan mata kail). 

Murid 5+
(BM3.1.3) Menyebut huruf secara rawak.
(BM 3.1.4) Menyebut huruf mengikut urutan.
(BM 3.1.5) Mengenal pasti bentuk huruf kecil.
(BM 3.1.6) Mengenal pasti bentuk huruf besar.
(BM 3.1.7) Memadankan huruf kecil dengan huruf besar.


Fokus standard kandungan
(BM 3.2) Mengenal huruf vokal.
 

Standard pembelajaran murid
Murid 4+
(BM 3.2.1) Menyebut huruf vokal.
(BM 3.2.2) Membunyikan huruf vokal.
 

Murid 5+
(BM 3.2.3) Mengenal pasti huruf vokal yang terdapat dalam perkataan. 

Fokus standard kandungan
(BM 3.3) Mengenal huruf konsonan. 
Standard pembelajaran murid
murid 4+
(BM 3.3.1) Menyebut huruf konsonan.
 
Murid 5+  
(BM 3.3.2) Menyebut huruf konsonan dengan tepat.
(BM 3.3.3) Menyebut huruf konsonan dalam perkataan yang ditunjukkan.



Fokus Standard Kandungan
(BM 3.4) Membina dan membaca suku kata.


Standard Pembelajaran

Murid 4+ 
(BM 3.4.1) Membunyikan suku kata hasil gabungan huruf konsonan dan huruf vokal dengan bimbingan.
(BM 3.4.2) Membunyikan dua suku kata dengan bimbingan.


Murid 5+
(BM 3.4.3) Membina dan membunyikan suku kata hasil gabungan huruf konsonan dan huruf vokal
                   (Contoh : ba)
(BM 3.4.4) Membina dan membunyikan satu suku kata terbuka secara rawak.
(BM 3.4.5) Membina dan membunyikan dua suka kata terbuka secara rawak.
(BM 3.4.6) Membina dan membunyikan tiga suku kata terbuka secara rawak.
(BM 3.4.7) Membina dan membunyikan sukukata tertutup secara rawak. 



Fokus standard kandungan
(BM 3.5) Membaca perkataan.
 

Standard pembelajaran
Murid 4+
(BM 3.5.1) Membatangkan (mengeja sambil membaca) dua sukukata untuk menjadi perkataan dengan
                   bimbingan.
(BM 3.5.2) Membatangkan dua suku kata terbuka untuk menjadi perkataan dengan bimbingan. 


Murid 5+
(BM 3.5.3) Membatangkan dua sukukata terbuka untuk menjadi perkataan.
(BM 3.5.4) Membatangkan tiga suku kata terbuka untuk menjadi perkataan.
(BM 3.5.5) Membatangkan satu suku kata tertutup untuk menjadi perkataan.
(BM 3.5.6) Membatangkan dua suku kata tertutup untuk menjadi perkataan.

(BM 3.5.7) Membatangkan suku kata terbuka dan sukukata tertutup untuk menjadi perkataan.
(BM 3.5.8) Membatangkan suku kata tertutup dan suku kata terbuka untuk menjadi perkataan.


Fokus Standard kandungan
(BM 3.6) Membaca frasa.


Standard pembelajaran
Murid 4+
(BM 3.6.1) Membaca frasa dengan bimbingan (Contoh frasa: mata biru, gigi saya, baju baru, jalan raya).
Murid 5+
(BM 3.6.2) Membaca frasa dengan sebutan yang betul.



Fokus Standard Kandungan
(BM 3.7) Membaca ayat tunggal yang mudah.
Standard pembelajaran
Murid 4+
(BM 3.7.1) Membaca ayat tunggal yang mudah dengan bimbingan.

Murid 5+
(BM 3.7.2) Membaca ayat tunggal yang mudah dengan sebutan yang betul. 



Fokus standard kandungan
(BM 3.8) Membaca ayat dalam konteks.

Standard pembelajaran
Murid 4+
(BM 3.8.1) Membaca ayat-ayat dalam konteks dengan intonasi yang betul dengan bimbingan.

Murid 5+
(BM 3.8.2) Mengenal tanda baca dalam ayat.
(BM 3.8.3) Membaca ayat-ayat dalam cerita dengan intonasi yang betul. 



Fokus standard kandungan
(BM 3.9) Memahami isi bahan bacaan yang dibaca.
Nota: Bahan bacaan termasuk: buku cerita, rísalah, majalah, surat khabar, gambar.



Standard pembelajaran
Murid 4+
(BM 3.9.1) Bercerita berdasarkan bahan bacaan mudah yang telah dibaca dengan bimbingan.

Murid 5+
(BM 3.9.2) Bercerita secara lisan, tulisan atau lukisan berdasarkan bahan yang dibaca.
(BM 3.9.3) Bercerita secara lakonan, main peranan atau nyanyian berdasarkan bahan yang dibaca. 


Fokus standard kandungan
(BM 3.10) Membaca dengan cara yang betul (prabaca).
Standard pembelajaran
Murid 4+
(BM 3.10.1) Mengamalkan penjagaan buku dengan cara yang betul dengan bimbingan.

Murid 5+
(BM 3.10.2) Mengamalkan penjagaan buku dengan cara yang betul.
(BM 3.10.3) Membaca nama judul buku, dan pengarang.
(BM 3.10.4) Membaca mengikut arah dan cara yang betul (kiri ke kanan, jarak dari mata ke buku, teknik

                     memegang buku).


 

Fokus standard kandungan
(BM 3.11) Mengamalkan tabiat membaca.
Standard pembelajaran
Murid 4+
(BM 3.11.1) Membaca buku cerita yang menarik dan sesuai dengan peringkat umur dengan bimbingan guru.

Murid 5+
(BM 3.11.2) Membaca buku cerita yang menarik dan sesuai daripada pelbagai tema.



Fokus standard kandungan
(BM 4.0) Kemahiran Menulis
(BM 4.1) Menguasai kemahiran pratulis
 

Standard pembelajaran 
Murid 4+
(BM 4.1.1) Memegang alat tulis dengan cara yang betul untuk menulis.
(BM 4.1.2) Mengkoordinasikan pergerakan mata-tangan melalui lakaran bentuk, corak dan garisan secara

                   bebas.
(BM 4.1.3) Mengkoordinasikan pergerakan mata-tangan mengikut arah yang betul.
                  Nota: * Pastikan aktiviti koordinasi mata-tangan,aktiviti meningkatkan kemahiran motor halus

                              yang ada di Tunjang Fizikal dan Estetika-komponen perkembangan fizikal telah
                              dilaksanakan sebelum aktiviti dalam Standard Kandungan ini dijalankan.


Fokus standard kandungan
(BM 4.2) Menguasai kemahiran menulis.
Standard pembelajaran
Murid 4+
(BM 4.2.1) Menulis semula huruf mengikut cara yang betul.
(BM 4.2.2) Menulis huruf kecil dengan cara yang betul dengan bimbingan.
(BM 4.2.3) Menulis huruf besar dengan cara yang betul dengan bimbingan.

Murid 5+
(BM 4.2.4) Menulis huruf kecil dengan cara yang betul.
(BM 4.2.5) Menulis huruf besar mengikut cara yang betul.
(BM 4.2.6) Menyalin perkataan dengan cara yang betul.
(BM 4.2.7) Menyalin ayat dengan cara yang betul.



Nota:
1. Perbezaan makna antara mengecam, mengenal dan mengenalpasti adalah seperti berikut:
o Mengecam dan mengenal adalah setakat boleh membezakan dan mengenali sahaja.
o Mengenalpasti adalah mengetahui dengan pasti dan boleh menerangkannya.



Sekian...







 
 
 

1 comments:

LydSunshine said...

Terima kasih cikgu. Boleh saya gunakan nota ini utk pendidikan anak saya di rumah?

Post a Comment